16.6.10

OTAK-OTAK


Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang.


Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.


Kebiasaan otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.


Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Rasa otak-otak yang di hasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yang digunakan. Otak-otak yang telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dengan mangkuk plastik kalis udara dan di simpan sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° C. Ianya boleh tahan sehingga sebulan.

No comments:

Post a Comment