13.7.10

Pantai Kemasik


 Pantai Kemasik terletak di Cherating. Kecantikan Pantai Temasik unik sekali kerana pantainya sangat bersih dan cantik. Ini adalah kerana penduduk di situ sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kecantikan.

Pantai ini terletak di utara Cherating dan di antara bandar Kijal dan Hulu Terengganu. Pantai ini mempunyai air laut yang bersih dan jelas kerana lokasinya yang menghadap ke Laut China Selatan. Tidak ada lumpur di pantai dan  tempat ini merupakan tempat yang paling baik untuk berjalan-jalan atas pasir serta menikmati angin. Ada banyak pokok-pokok palem yang tumbuh di sepanjang pantai pantai. Ada beberapa batu bukit di hujung pantai di mana anda boleh mengambil beberapa gambar foto sebagai kenangan perjalanan anda ke pantai Kemasik

Tips :
Bulan November hingga Januari, air laut sangat bergelora. Oleh itu pelancong tidak digalakkan bermandi-mana masa tersebut. Kalau setakat nak melawat dan makan-minum, terdapat beberapa gerai makan di sana.