16.6.10

KEROPOK LEKOR

KEROPOK LEKOR
Keropok lekor merupakan sejenis makanan traditional pantai timur, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam.




Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.


Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain. 

RESEPI KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan
  1. 1 kg ikan Parang/Kembong
  2.  500 g tepung sagu/ tepung kanji kurang sedap.
  3. garam secukupnya
  4. 125 ml air
  5. sedikit ketulan air batu

Cara penyediaan

Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.

No comments:

Post a Comment