
ترڠڬانو دار الإيما
Terengganu Darul Iman
![]() |
PETA LOKASI |

Bendera Negeri Terengganu

Lambang Negeri Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.
Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara (Besut) ke selatan (Kemaman).
* Besut
* Dungun
* Kemaman
* Kuala Terengganu
* Marang
* Setiu
* Hulu Terengganu
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu;
- Kuala Terengganu
- Kemaman
- Kemasik
- Paka
- Dungun
- Marang
- Hulu Terengganu
- Besut
- Setiu
Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam:
- Kuala Terengganu,
- Kemaman
- Dungun, Marang
- Hulu Terengganu
- Besut
Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu.
Keluasan daerah tersebut adalah:
- Kuala Terengganu 60,654.3 hektar
- Kemaman, 253,559.9 hektar
- Dungun, 273,503.1 hektar
- Marang, 66,654.3 hektar
- Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar
- Setiu, 130,436.3
- Besut, 123,367.8 hektar.
Bandar-bandar utama di Terengganu adalah :
- Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri)
- Chukai, Kuala Besut
- Rantau Abang
- Kuala Dungun
Pautan Mengenai Terengganu :
- Sejarah Negeri Terengganu
- Tempat-Tempat Menarik
- Makanan Tradisi Terengganu
- Hotel-Hotel di Terengganu
- Agensi Perlancungan
- Peta & Lokasi
No comments:
Post a Comment