13.7.10

Pantai Kemasik


 Pantai Kemasik terletak di Cherating. Kecantikan Pantai Temasik unik sekali kerana pantainya sangat bersih dan cantik. Ini adalah kerana penduduk di situ sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kecantikan.

Pantai ini terletak di utara Cherating dan di antara bandar Kijal dan Hulu Terengganu. Pantai ini mempunyai air laut yang bersih dan jelas kerana lokasinya yang menghadap ke Laut China Selatan. Tidak ada lumpur di pantai dan  tempat ini merupakan tempat yang paling baik untuk berjalan-jalan atas pasir serta menikmati angin. Ada banyak pokok-pokok palem yang tumbuh di sepanjang pantai pantai. Ada beberapa batu bukit di hujung pantai di mana anda boleh mengambil beberapa gambar foto sebagai kenangan perjalanan anda ke pantai Kemasik

Tips :
Bulan November hingga Januari, air laut sangat bergelora. Oleh itu pelancong tidak digalakkan bermandi-mana masa tersebut. Kalau setakat nak melawat dan makan-minum, terdapat beberapa gerai makan di sana.

3.7.10

Aktiviti Selam Skuba di Terengganu



Aktiviti Skuba di Pulau Lang Tengah Merang, Setiu, Terengganu. Anda tidak perlu menjadi seorang perenang mahir untuk menjalankan aktiviti Skuba ini.

Gandingan biodiversiti hidupan laut yang menakjubkan serta pulau-pulau yang menarik yang dilengkapi dengan pantai yang putih bersih dan air laut yang hangat telah memikat para penyelam.

Tapak-tapak selaman skuba yang popular di sekitar Pulau-Pulau Terengganu menyediakankan pelbagai bentuk dasar laut termasuk terumbu karang, terumbu dinding, rumpunan batu karang serta tapak bagi selaman laut dalam dan selaman kapal karam. Selaman ke dalam laut hangat yang nyaman menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan kepadatan hidupan marin eksotik beraneka warna yang sukar ditandingi di serata dunia. Dari sekumpulan jerung Hammerhead hingga ke kumpulan besar ikan alu-alu dan pelbagai spesis penyu serta keganjilan ikan Frogfish dan Ghost Pipefish, pasti ada sesuatu yang menarik menanti anda.


Anda juga boleh mempelajari alat-alat kelengkapan selam skuba asas seperti buoyancy control device (BCD - alat atau jaket kawalan imbangan badan), mask atau gogal (cermin mata selaman), fin (sirip selam) dan wetsuit (baju basah).

Jika anda telah mahir anda berpeluang selam skuba di Batu Kucing dan Blue Coral di Pulau Lang Tengah.


Aktiviti di Terengganu - Candat Sotong

Aktiviti mencandat sotong amat sinonim di perairan negeri Terengganu dan lazimnya apabila menjelang akhir bulan April hingga Julai, ramai pelancong datang berkunjung untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong di Terengganu.

Bagi mereka yang pertama kali mencuba aktiviti ini akan terasa teruja lebih-lebih lagi apabila terbayangkan hasil tangkapan yang mampu mencecah sehingga puluhan malahan ratusan dalam satu malam jika terkena pada kandangnya.

Itu pun jika seseorang itu tidak mendapat mabuk dek buaian bot yang berhayun mengikut alunan ombak terutama apabila sauh bot diturunkan.

Oleh itu, bagi mereka yang kurang biasa melakukan aktiviti candat ini, pastikan anda mengambil ubat penahan mabuk laut terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berputih mata dan makan hati apabila melihat rakan lain seronok menaikkan seekor demi seekor hasil tangkapan.


Malah ada juga pelbagai petua dikatakan dapat menghalang daripada mabuk lauk yang turut diperturunkan termasuk menghidu kulit limau dan merasa sedikit air laut sebaik menaiki bot.

Namun, apa petua sekalipun jika tidak biasa dilambung ombak, mungkin seseorang itu terpaksa menggantikan aktiviti yang sepatutnya menjadi aktiviti mencandat sotong kepada aktiviti memberi "makan sotong" sehingga tiada lagi sisa-sisa dalam perut yang mampu dikeluarkan.

Berbekalkan candat, tekong bot yang berpengalaman akan membawa peserta ke kawasan yang dikenalpasti menjadi lubuk atau kandang sotong kerana di sinilah kawasan utama haiwan ini mengawan dan bertelur.

Lazimnya, kegiatan ini akan bermula ketika waktu matahari terbenam sehingga fajar menyinsing kerana sotong akan mula berkumpul dan bermain di sekitar kawasan bot disebabkan tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang.

Kerana itulah di pesisiran laut di seluruh negeri Terengganu bermula Kemaman sehinggalah ke Besut terutama perairan Pulau Redang, Pulau Kapas, dan Pulau Bidong pada waktu itu, kelihatan bagaikan ada pesta di tengah laut apabila diterangi dengan sinaran lampu yang ada pada bot-bot nelayan ini.

Antara candat yang sering digunakan ialah candat jenis twist, udang, umpan, buntai dan pelbagai jenis candat yang mempunyai kail melebihi sepuluh mata yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna-warni.

Namun kini, mata-mata kail berkenaan dihiasi pada umpan tiruan berbentuk anak ikan atau udang plastik yang berkilat.

Cara untuk menggunakan alat ini pula ialah dengan melepaskan candat ke laut sehingga sampai ke dasar dan kemudian mengangkatnya kira-kira sejengkal dari dasar laut.

Kemudian tanpa menggunakan banyak tenaga, peserta hanya perlu bermain dengan candat itu dengan `menarik melepasnya' bagi menampakkan seolah-olah candat itu hidup bagi menarik perhatian sotong untuk mendekati candat itu.

Jika bernasib baik dan terkena pada kandangnya, candat belum sampai ke dasarpun, sotong telah tersangkut pada candat.

Apabila terasa berat, segeralah menariknya ke atas bot untuk mengelakkan sotong itu terlepas dan dikhuatiri hanya janggut sotong yang terlekat pada mata kail candat itu.

Tetapi awas! ketika menaikkan sotong, perlulah berhati-hati kerana dikhuatiri terkena dengan pancutan air atau dakwat sotong.

Tekan Sini untuk Pakej  Aktiviti Mencandat Sotong

2.7.10

Lata Belatan

















Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara. Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Bagi tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan. Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985.

Kawasan Hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp. Ianya kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat disini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan lain-lain.

Manakala di kawasan berbukit tinggi menghala ke puncak Gunung Tebu, terdiri daripada jenis Meranti, Balau Laut Merah. Dikawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah Meranti Seraya, campuran Meranti Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti Podo dan Damar Minyak.

Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan dimana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday".



Bagi mengekalkan keindahan semulajadi dan kejernihan air yang mengalir, 49 dan 50 dengan keluasan 403 hektar telah kekal di bawah pengelasan Hutan Rekreasi.




Di antara aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan disini ialah berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).

Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.

Kemudahan yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

1.7.10

Pakej Mencandat Sotong

Bagi ANDA ingin menikmati aktiviti Candat Sotong, terdapat pakej berupa Bot yang selesa dengan kapasiti muatan seramai 8 hingga 15 orang, anda boleh Candat dari petang sampai pagi esoknya dengan kadar harga RM100/org. Mula bertolak dari Jeti Chendering atau Jeti Marang sahaja untuk mencandat di sekitar perairan Pulau Kapas Terengganu. Minima 8 orang maksima 15 orang satu bot.

1.HARGA GROUP PAKEJ ADALAH:

PAKEJ A (BOT 8 ORANG) RM800
PAKEJ B (BOT 10 ORANG) RM1000
PAKEJ C (BOT 12 ORANG) RM1200
PAKEJ D (BOT 15 ORANG) RM1400 (Bot terhad/Booking awal)

2.FAMILI PAKEJ HARGA RM900 - RM1450 SATU BOT (Harga sekali dengan Homestay dan boleh dirundingkan bergantung bil keluarga & Jenis Homestay yg dikehendaki)

Tempahan hendaklah disertakan dengan deposit sebanyak 30% (tidak dikembalikan) dan pertukaran Pakej kurang 7 hari dari tarikh Candat tidak diterima

KEMUDAHAN DI SEDIAKAN:
1. Peralatan Candat Percuma (dikembalikan selepas Candat)
2. Bot dilengkapi Jaket Keselamatan & System GPS
3. Lampu SpotLight banyak & Terang
4. Dapur Boleh Goreng Sotong Fresh, masak nasi/maggie atas permintaan
4. Bekas Air Batu & Minuman Ringan Percuma
5. Kemudahan Tandas/Bilek Persalinan (Bot 12 & 15 org shj)
6. Tekong lebih 10 tahun pengalaman
7. Taklimat Percuma Cara Candat yang betul.
8. Bertolak lepas waktu Asar balik pagi esok
9. Perjalanan ke Kandang Sotong hanya 1 Jam
10.Keselamatan Parking Kereta LKIM Chendering
11.Satu Bot dpt 1 Bilik Rehat Percuma Untuk Simpan
Barang & Mandi, sebelum dan slepas balik candat.
12.HomeStay bleh diuruskan (Atas Permintaan)

Jika Berminat Sila :
SMS/TEL:019-917 0708 - Pakya
Email: smartg54@gmail.com

Batu Burok Beach Resort


Batu Burok Beach Resort is situated on the fringes of Kuala Terengganu Town Center, right in the vicinity of the famous Batu Burok Recreational Beach. 45 minutes by air from Kuala Lumpur to Kuala Terengganu, 20 minutes to the beach resort. There are also several coaches that provides daily services, that will take around 6 hours drive.



Near by Attraction

    * Batik and Songket Factories
    * Floating Mosque
    * Local Handicraft Centre
    * Maziah Castle
    * Pasar Payang
    * Terengganu State Museum
    * Traditional Boat Making

Merang Suria Resort & Hotel



Come to one of Terengganu’s most beautiful beach getaways where there’s fun under the sun.

Be mesmerized. Relax, rejuvenate, and be ensconced in a tropical paradise of spectacular sunrise, palm-fringed and sun-drenched beaches, quaint local villages, and sparkling seas.


Situated on a 37-acre picturesque land in Tanjung Rhu Tapai, the resort is only 35 minutes drive from Kuala Terengganu, the state’s capital, or seven hours drive by road from Kuala Lumpur – Kampung Rhu Tapai

Ideally located on a long white sandy beach overlooking the azure waters of South China Sea, you will find a host of other attractions as well in this state well known for its rich natural beauty, long coastline of beautiful beaches, untouched rainforests, stunning islands, culture, tradition, arts and heritage.


A private lagoon which opens to the sea add luster to this already beautiful landscape of lush tropical greenery of natural Gelam (Melaleuca leucadendron) forest.

If you are looking for a relaxing getaway, this is the place to be. The resort features beautiful sea-facing terrace rooms all equipped with modern facilities. It is also an ideal location for business meetings as it offers post-meeting activities such as canoeing at the lagoon, fishing, visiting tranquil villages nearby, or shopping for local handicrafts and delicacies.

For deep-sea diving enthusiasts, Merang town is also the gateway to the nearby diving haven islands of Redang, Bidong, and Perhentian. 

Headquarters/Corporate Office
Suria Resorts Management Sdn Bhd

3A07, Level 4,
Block A, Kelana Center Point, No.3 Jln SS7/19
Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603.7806.4752
Fax: +603.7806.4753



Merang Suria Resort
Lot 1841, Kg. Rhu, Tapai
Merang, 21010 Setiu
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA

Tel: + 609.6531.600
Fax: + 609.6531.601 


Sutra Beach Resort











Sutra Beach Resort & Spa, nestled amidst the rustic and charming fishing village of Kampung Rhu Tapai, Terengganu, lies the ideal destination for your dream holiday. Reliving the classic elegance of yester-years and the fine touches of traditional concept living, Sutra Beach Resort & Spa is a perfect interlude from clamour of your daily life. 

Relax at our uniquely designed swimming pool, which seems to spill into the majestic south china sea. Take a leisurely walk along our long stretch of smooth sandy beach. Go scuba diving, snorkelling and catch the 'big one' on a thrilling fishing excursion. Or enjoy a relaxing game of congkak, scrabble, backgammon and chess. Or just laze under the sun for a perfect tan.


Accomodation

48 Standard (tropical and pool view)
68 Deluxe (tropical and sea view)
4 Suites (pool and sea view)

Each room is fully equipped with individual air-conditioning, private bath with shower, mini-bar and refrigerator, colour television with selected Astro channels, coffee and tea-making facilities.
Corporate Sales Office, Lot 1.9, 1st Floor, Concorde Hotel Kuala Lumpur,
No.2, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Phone : +603 2711 0901
Fax : +603 2711 0902
Resort Phone: +609 653 1111
Resort Fax: +609 653 1226

Tuna Bay Island Resort




 Tuna Bay Island Resort is located on the south west coast of Pulau Perhentian Besar. It occupies a quiet, untouched part of the island surrounded by tropical jungle, on a broad expanse of powdery white sand and blessed with turquoise blue sea right on the door step.

The resort commands a breathtaking view of Pulau Perhentian Kecil and the South China Sea. Even at low tide, the view from our resort is still breathtaking. The peaceful, relaxing ambience surrounding the resort and the laid back lifestyle is ideally geared towards holidaymakers. The affable Lee family members, who own and manage the resort, are always on hand to make sure that your stay on this tropical paradise will be a pleasurable one.



Our Resort offers 46 cool and spacious wooden chalets set either right on the beachfront, shaded by coconut palms, or around a pretty garden area. The wooden chalets on stilts boast air-conditioning and covered terraces, and are fitted with tropical bamboo furniture.

The choice chalets, of course, are those sitting right on the beach facing the sea. However, visitors who prefer a bit more privacy or peace and quiet can opt for the chalets set a little further back from the sea, either with a jungle backdrop or those placed around the pleasant garden area.

All chalets are just a minute’s walk from the beach and command spectacular views of neighbouring Pulau Perhentian Kecil and the shimmering South China Sea.


Kenangan Hotel

Selamat Datang ke "Hotel Warisan Guru-Guru Melayu Terengganu" ... A warm Malaysian welcome to the relaxed and friendly atmosphere of the Kenangan Hotels. It is hard to miss the inviting Malaysian hospitality and excellent service that we extend to each and every guest, making sure you feel at home whenever you stay with us.

Kenangan Hotels provide spacious accommodation in stylish furnished rooms equipped with a colour TV with ASTRO, individually controlled air conditioning, private bathroom, cool and hot shower etc ....

Discover affordable Kenangan Hotels for yourself and enjoy the best of Malaysian hospitality. 

Head Quarters:
Syarikat Warisan Berhad
65, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.Tereangganu Darul Iman

Tel : 09 - 622 2688
Fax: 09 - 623 3268