3.7.10

Aktiviti Selam Skuba di Terengganu



Aktiviti Skuba di Pulau Lang Tengah Merang, Setiu, Terengganu. Anda tidak perlu menjadi seorang perenang mahir untuk menjalankan aktiviti Skuba ini.

Gandingan biodiversiti hidupan laut yang menakjubkan serta pulau-pulau yang menarik yang dilengkapi dengan pantai yang putih bersih dan air laut yang hangat telah memikat para penyelam.

Tapak-tapak selaman skuba yang popular di sekitar Pulau-Pulau Terengganu menyediakankan pelbagai bentuk dasar laut termasuk terumbu karang, terumbu dinding, rumpunan batu karang serta tapak bagi selaman laut dalam dan selaman kapal karam. Selaman ke dalam laut hangat yang nyaman menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan kepadatan hidupan marin eksotik beraneka warna yang sukar ditandingi di serata dunia. Dari sekumpulan jerung Hammerhead hingga ke kumpulan besar ikan alu-alu dan pelbagai spesis penyu serta keganjilan ikan Frogfish dan Ghost Pipefish, pasti ada sesuatu yang menarik menanti anda.


Anda juga boleh mempelajari alat-alat kelengkapan selam skuba asas seperti buoyancy control device (BCD - alat atau jaket kawalan imbangan badan), mask atau gogal (cermin mata selaman), fin (sirip selam) dan wetsuit (baju basah).

Jika anda telah mahir anda berpeluang selam skuba di Batu Kucing dan Blue Coral di Pulau Lang Tengah.


No comments:

Post a Comment