19.6.10

Pulau Lang Tengah





Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang.



Menurut penduduk tempatan, Lang Tengah mendapat namanya dari perkataan 'Lang' yang bermaksud 'helang'. Dikatakan bahawa Lang Tengah bermakna 'helang yang berehat di pulau tengah'.

Pulau Lang Tengah memang bersaiz kecil. Perjalanan bot mengelilingi pulau ini hanya mengambil masa selama 10 minit. Pantai di sini agak sempit dan kawasan tanah adalah terhad.

Saiznya yang kecil juga adalah kelebihannya - Pulau Lang Tengah hanya mempunyai 4 buah resort untuk memastikan percutian anda di sini aman dan tenteram.

Pulau ini juga adalah antara tapak menyelam yang terbaik di Malaysia!





Pulau Lang Tengah sukar dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur
(November - Mac).



 
Bot :
Feri bertolak dari Jeti di Merang pada pukul 10.00 pagi dan 12.00 tengahari dan bertolak balik dari pulau pada pukul 8.30 pagi dan 2.00 petang. Perjalanan bot dari jeti Marang ke Pulau kecil ini memakan masa selama 30-minit.






Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893





Pulau ini mempunyai resort yang selesa tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

No comments:

Post a Comment