27.6.10

Pantai Tanjung Jara


Saksikan ketenangan Laut China Selatan, saat anda berada di pantai dengan pasir halus di sini.

Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda.


Pantai ini juga adalah lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak, menyelam dan pelbagai sukan air lain.

Pengunjung boleh saksikan penyu di malam hari antara bulan Mei dan September apabila penyu-penyu naik ke pantai untuk bertelur.


Penginapan
Terdapat beberapa kemudahan penginapan di kawasan ini mulai hotel bertaraf 5 bintang ke hotel bajet, villa dan pelbagai pilihan untuk pengunjung ke sini. Bagi mereka yang mahukan pengalaman unik percutian di Malaysia, anda boleh bercuti di Tanjong Jara Resort, yang terkenal dengan senibina unik istana Melayu lama kurun ke-17. 

No comments:

Post a Comment