17.6.10

Nasi Dagang


Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol).  Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar dengan timunnya). Mudah bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Biasanya  nasi dagang banyak di hidangkan semasa musim perayaan atau kenduri.

RESEPI NASI DAGANG


Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa


Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.


Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa


Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang dikisar, rempah dan asam keping. Kemudian, masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan. Kemudian,masukkan garam, perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat. Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu





No comments:

Post a Comment