23.6.10

Laguna Redang Island Resort















Pulau Redang merupakan pulau terbesar di kepulauan Terengganu's, Pulau Redang  juga merupakan adalah pusat taman laut yang terbesar.

Pulau Redang ini memberi peluang yang terbaik kepada mereka yang berminat untuk snorkeling, scuba diving dan trekking hutan . Tempat ini akan membuatkan anda berehat sambil bersantai di sepanjang pantai putih berkilau.
 
Terengganu Marine Park adalah zon terpelihara 26 nm di utara Kuala Terengganu  dan mempunyai berbagai spesies karang terbesar. 9 pulau di Redang membentuk salah satu habitat laut terkaya dan menanti anda untuk mengunjungi. Di bawah air yang jernih terdapat taman karang yang indah penuh dengan karang , foliose dan gargonian . Terdapat juga berbagai ikan tropika, terumbu dan  jenis ikan laut.



Taman Laut itu memberikan penyelam dan menawarkan peluang untuk memilih apa yang mereka ingin lihat, kerana terdapat banyak pilihan untuk penyelam di sini. Di antara tempat menyelam yang paling popular ialah "Big Mount", sebuah tiang karang yang besar.

 
"Mini Mount" adalah tempat yang sempurna untuk penyelam malam. Penyelam boleh menunggu sambil memerhatikan kehidupan laut mencari makanan di sekitar terumbu karang.  

Jika berancang untuk menyelam sekitar kedalaman 15M , di bawah lipatan karang  anda boleh melihat udang, ketam, timun laut,  lobster berduri, sotong dan bermacam-macam lagi kehidupan laut.


No comments:

Post a Comment