20.6.10

Hotel Grand Continental






Hotel Grand Continental di Terengganu terletak di lokasi yang menjadi pilihan semua. Ini ialah kerana kedudukan hotel ini  adalah di pusat perniagaan dan dekat pantai.


Hotel Grand Continental merupakan sebuah bangunan yang direka bentuk dengan indah mempunyai 190 bilik dan suite dengan pemandangan ke Laut China Selatan yang indah dan juga menghadap ke kampung-kampung sekitar  Terengganu.  
Tempat-tempat menarik di sekitar hotel  ialah termasuk Masjid Terapung, Pasar Payang dan  Bangunan Bersejarah Komersial dan Kerajaan.  



Anda juga berpeluang untuk menaiki beca atau melihat perahu nelayan tradisional yang dibina di Pulau Duyong di muara sungai. Desa-desa nelayan yang indah  dapat memberikan anda sebuah pengalaman yang menyenangkan.  

Perjalanan selama sejam membolehkan anda ke tasik buatan terbesar di Asia Tenggara iaitu Tasik Kenyir.  

Terengganu juga menawarkan beberapa pulau indah di Laut China Selatan. Contoh seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan Pulau Tenggol.  Banyak aktiviti boleh anda buat ketika melawat ke Terengganu.




Alamat : Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Tel : (609) 6251 888
No Fax :(60 9) 6251 999



No comments:

Post a Comment